COO Felcra dinasihati lebih berhati-hati - Utusan Malaysia

COO Felcra dinasihati lebih berhati-hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – Ketua Pegawai Operasi Felcra, Mohd Khairi Mahamor dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam menangani urusan operasi perladangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Mohd Nazrul Izam Mansor berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah hari ini yang telah membincangkan secara terperinci mengenai rakaman video yang tular membabitkan pegawai kanan itu menengking kakitangan agensi itu di sebuah ladang kelapa sawit.

“Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan, Felcra mengambil perhatian khusus ke atas kejadian yang telah dituralkan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mesyuarat Lembaga Pengarah pada hari ini telah membincangkan perkara ini secara terperinci dan telah menasihatkan pegawai kanan berkenaan supaya bersikap lebih berhati-hati dalam menangani urusan operasi perladangan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, sebuah klip video berdurasi satu minit tular di laman media sosial memaparkan Mohd. Khairi menengking kakitangan Felcra sewaktu melawat sebuah ladang kelapa sawit di Sungai Batu, Pahang baru-baru ini.

Dalam klip video tersebut, Mohd. Khairi dilihat meluahkan kemarahannya kepada kakitangan agensi itu kerana tidak mendengar arahan.

Video itu yang dimuat naik dalam laman Facebook dan Twitter menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Semalam, Pengerusi Felcra, Datuk Nageeb Wahab menyifatkan tindakan menengking itu sebagai norma bagi mereka yang sudah biasa bekerja di ladang.

Mengulas lanjut, Mohd Nazrul berkata, beliau dimaklumkan kejadian yang tular di laman sosial berlaku ketika Program Kembara Ladang di Projek Felcra Berhad Kampung Serambi, Pekan, Pahang pada 2 Mac lalu.

Katanya, program Kembara Ladang adalah usaha terkini Felcra dalam program turun padang pengurusan ladang milik peserta dan Felcra ke arah meningkatkan produktiviti demi manfaat warga peserta.

“Justeru itu, setiap lapisan pengurusan Felcra dalam bidang yang lain turut menumpukan usaha gigih meningkatkan lagi pulangan kepada warga peserta.

“Usaha-usaha ini yang sedang dilaksanakan telah menghasilkan kejayaan awal di mana Lembaga Pengarah telah dimaklumkan bahawa prestasi ladang dan kilang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding sebelum ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini