MANCHESTER 13 Mac – Manchester City mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan penuh bergaya apabila membenam wakil Jerman, Schalke 04 7-0, dengan agregat kemenangan 10-2 dalam aksi di Stadium Etihad itu.
Skuad bimbingan Pep Guardiola itu, yang menjulang Piala Liga bulan lalu kekal di landasan terbaik untuk mengucup tiga lagi trofi musim ini menerusi Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.
Kesemua tujuh gol tersebut disumbangkan menerusi dua jaringan Sergio Aguero pada minit ke-35 dan 38, diikuti Leroy Sane (m-42), Raheem Sterling (m-56), Bernardo Silva (71), Phil Foden (78) dan Gabriel Jesus (84).- AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











