KUALA LUMPUR 28 Mac – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menerima sebanyak 6,330 aduan pada 2018 mencatatkan peningkatan 33 peratus berbanding jumlah 4,746 aduan diterima pada 2017. Pengerusinya, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, aduan mengenai perkhidmatan selular kekal paling tinggi dari tahun ke tahun iaitu sebanyak 2,513 aduan pada 2018. Katanya, aduan mengenai jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) meningkat paling banyak pada 2018 iaitu sebanyak 2,337 aduan diterima berbanding 714 aduan pada tahun sebelumnya. “Peningkatan aduan HSBB tersebut disebabkan oleh permintaan tinggi daripada pengguna yang inginkan perkhidmatan HSBB tersedia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya