Ceroboh premis judi, Jamal dilepas tanpa dibebaskan - Utusan Malaysia

Ceroboh premis judi, Jamal dilepas tanpa dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini melepas tanpa membebaskan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos daripada pertuduhan menceroboh sebuah premis perjudian di Taman Kosas di sini, tiga tahun lalu.

Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali memutuskan demikian terhadap Jamal, 49, ketika prosiding perbicaraan hari pertama kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim memaklumkan mahkamah bahawa sapina tidak disempurnakan selain pegawai penyiasat kes gagal memastikan kehadiran saksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 5 Julai tahun lalu, Jamal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama Aenol Rofik Mawardi, 21, dan seorang lagi yang masih bebas didakwa menceroboh kedai Starcom Trading dan Services, nombor 23 & 25, Jalan Kosas 13, Taman Kosas di sini pada pukul 3.30 petang, 29 Disember 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini