Nabila Yasmin Razib [email protected] KULA LUMPUR 21 Mac – Co-op Bank Pertama (CBP) memperuntukkan RM700 juta bagi portfolio pembiayaan peribadi dan pembiayaan koperasinya sehingga 2020 Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd. Nor Abd. Razak berkata, peruntukan itu katanya meliputi lima kemudahan yang ditawarkan iaitu pembiayaan hartanah, pembiayaan berjangka, pembiayaan penyambung, pembiayaan i-factoring serta pembiayaan i-kontrak. “Sejak penjenamaan semula CBP pada 2018, jenama CBP telah mendapat perhatian dan kepercayaan para pelabur. “Modal saham CBP juga telah meningkat kepada lebih RM700 juta setakat Februari 2019 dan ini telah dapat menyoking pengembangan perniagaan kami terutama dalam menyediakan pembiayaan,” katanya pada sesi taklimat media dan majlis pra pelancaran Skim Pembiayaan Sektor Koperasi CBP di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE











