PUTRAJAYA – Caj pencemaran sebanyak 20 sen akan dilaksanakan di Wilayah Persekutuan mulai 15 Mac ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berkata, caj berkenaan selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengatasi masalah pencemaran sisa plastik melalui Pelan Hala Tuju Ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 yang diterajui Kementerian Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). “MESTECC turut membenarkan semua kerajaan negeri termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mengenakan caj…









