Caj lewat cukai MDHS ditangguh sehingga 31 Mac - Utusan Malaysia

Caj lewat cukai MDHS ditangguh sehingga 31 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Pelaksanaan caj lewat bayaran cukai taksiran yang dikenakan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) akan ditangguhkan sehingga 31 Mac ini.

Pegawai Komunikasi Korporat MDHS, Junainah Abdullah dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, keputusan itu diambil berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Bilangan 1/2019.

“Mesyuarat yang bersidang juga bersetuju caj lewat akan dikenakan mulai 1 April ini. Sehubungan itu, semua pemilik harta yang masih belum menjelaskan bayaran cukai taksiran penggal 1/2019 dinasihatkan membuat bayaran segera sebelum tarikh yang dinyatakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi pemilik harta yang masih tidak mendapat bil cukai taksiran boleh menghubungi Jabatan Perbendaharaan di talian 03-6064 1331 sambungan 135 atau e-mel [email protected] untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini