DALAM usaha membentuk kreativiti kanak-kanak, syarikat HP Inc. (HP) memperkenalkan cabaran HP Little Makers.
Cabaran itu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencipta semula pembelajaran imersif dengan Mesin Pencetak HP DeskJet Ink Advantage 3700.
Selaras dengan fokus Kementerian Pendidikan terhadap pembelajaran berasaskan teknologi, cabaran HP Little Makers menggalakkan kreativiti dalam persekitaran pembelajaran yang maju kanak-kanak menggunakan teknologi dan pembelajaran berasaskan permainan.
Pengarah Urusan HP Malaysia, Fayza Amin berkata, sebagai seorang ibu, dia memahami pentingnya pendidikan yang menyeluruh.
“Dengan HP Little Makers, kami ingin menunjukkan bagaimana teknologi dan kreativiti dapat bersatu dengan mendidik generasi masa depan Malaysia di rumah dan di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.
Sementara itu, anak-kanak berusia di antara lima hingga 12 tahun layak untuk menyertai cabaran itu untuk memenangi hadiah yang menarik.
Lima pemenang akan dipilih setiap dua minggu sejajar dengan Challenge of the Week yang berlangsung selama lapan minggu.
Setiap satu cabaran berlangsung selama dua minggu dengan cabaran terakhir akan berlangsung pada hujung April nanti.
Dalam masa yang sama, mana-mana sekolah pula berpeluang memenangi satu set HP Idea Lab bernilai RM20,000 jika menyertai cabaran tersebut.
Cabaran HP Little Makers direka untuk ibu bapa, guru dan pereka muda, pencipta serta pemikir untuk bermain dan belajar bersama sambil berkongsi hasil ciptaan mereka dengan rakan dan keluarga.
Objektif lain cabaran itu juga bertujuan membantu kanak-kanak mencungkil potensi dalaman dan bakat mereka menggunakan pencetak DeskJet HP.
HP turut bekerjasama dengan 40 buah sekolah di seluruh negara yang akan menerima sebuah HP Deskjet Ink Advantage serta peluang untuk memenangi satu set HP Idea Lab.
HP Idea Lab akan menampilkan HP Pavilion x360 dan HP DeskJet Ink Advantage 3700 untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka.
Cabaran tersebut akan dikemas kini dua kali seminggu di laman web hp.com/my/littlemakers untuk disiapkan oleh kanak- kanak, ibu bapa atau guru secara bersama.
Setiap cabaran Little Makers disertakan dengan panduan langkah demi langkah untuk projek kecil serta fakta-fakta berunsur pendidikan yang menyeronokkan.











