Burung nuri kerabat hilang : Ganjaran 20,000 Rupees - Utusan Malaysia

Burung nuri kerabat hilang : Ganjaran 20,000 Rupees

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMPUR 8 Mac – Kehilangan seekor burung nuri bernama Mitthu Alias Paulie menjadi tajuk bualan penduduk bandar Rampur, Uttar Pradesh apabila berita itu diumumkan menerusi pembesar suara di bandar itu yang turut menawarkan ganjaran (20,000 Rupees) RM1,167 kepada mereka yang menjumpai binatang itu.

Menurut Times of India, Mitthu Alias Paulie adalah milik keturunan kerabat sewaktu kerajaan Rampur dan tinggal di Istana Khas Bagh, sehingga minggu lalu.

Sanam Ali Khan memberitahu, burungnya yang berusia sembilan tahun itu dinamakan sebagai Mitthu Alias Paulie bersempena dengan tajuk filem Hollywood, Paulie yang mengisahkan mengenai kehidupan burung nuri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau memberitahu, burung itu hilang akibat kecuaian penjaganya ketika bercuti di Dehli, baru-baru ini.

Sambil menyifatkan Mitthu Alias Paulie sebagai burung yang bijak dan berkeupayaan untuk menjawab soalan itu juga sering berbual dengan saudara-maranya menggunakan Skype. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini