Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun pada tengah hari - Utusan Malaysia

Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun pada tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mac – Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun sehingga pada tengah hari, menjejaki prestasi negatif kebanyakan bursa serantau.

Pada 12.30 tengah hari ini, petunjuk asas FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) adalah 5.10 mata lebih rendah pada 1,658.56 berbanding 1,663.66 semasa ditutup pada Khamis.

Selepas dibuka 5.92 mata lebih kukuh pada 1,658.56, indeks bergerak antara 1,657.01 dan 1,673.45 sepanjang sesi dagangan pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 419 berbanding 287, manakala 349 kaunter tidak berubah, 857 tidak diniagakan dan 42 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.48 bilion saham bernilai RM953.29 juta. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini