AKHIR-AKHIR ini kita tidak lekang mendengar apa yang dihadapi Venezuela, sebuah negara di utara Amerika Selatan yang pantainya terbentang menghadap Laut Caribbean. Televisyen, akhbar, radio dan media sosial penuh dengan berita keburukannya. Jika dihalusi, kebanyakan keburukan itu datangnya dari sumber-sumber Amerika Syarikat (AS). Kenapa begitu? Ia bukan cerita baharu. Saya masih ingat apabila Naib Presiden AS, Richard Nixon berkunjung ke negara itu pada 1959. Nixon sendiri mengaku dalam bukunya beliau…









