Bukan salah Faisal - Kim Swee - Utusan Malaysia

Bukan salah Faisal – Kim Swee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mac – Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23), Datuk Ong Kim Swee mempertahankan tindakan Faisal Abdul Halim yang bertindak meneruskan permainan sekali gus menjaringkan gol ketiga pasukan ketika menewaskan Filipina 3-0 dalam aksi pertama Kumpulan J Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 di Stadium Shah Alam, semalam.

Kim Swee berkata perbezaan jaringan amat penting di peringkat kelayakan dan beliau tidak menyalahkan Faisal kerana dia tidak memberhentikan permainan selepas dua pemain Filipina terbaring di atas padang kerana dipercayai mengalami kekejangan otot.

“Jika anda lihat memang tidak fair play tetapi apabila tengok semula situasi ketika itu dua pemain Filipina menghadapi kecederaan ringan. Jika mereka asyik cuba menghentikan permainan, bila kita boleh dapatkan gol?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak salahkan Faisal sebab takkan nak berhenti sepanjang masa. Bukan kecederaan serius cuma kekejangan otot sahaja. Anda nak buat apa? Takkan nak tunggu? Ada sesetengah situasi kita kena fair play tetapi saya tidak fikir gol itu menjadi isu.

“Sudah tentu saya tidak suka perkara macam itu berlaku tetapi kami perlukan keputusan. Nanti, kita akan lawan China (aksi terakhir) dan ada kemungkinan kita tidak layak hanya disebabkan perbezaan jaringan. Waktu itu apa kita nak buat?

“Kita bermain bukan fikir untuk perlawanan hari ini (semalam) sahaja tetapi dua lagi,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Shah Alam semalam.

Faisal meledak gol ketiga ketika permainan berbaki tujuh minit dan pemain Filipian cuba melakukan bantahan namun tidak dilayan oleh pengadil perlawanan. Dua lagi gol dijaringkan oleh Akhyar Rashid masing-masing pada minit keempat dan ke-31. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini