IPOH 8 Mac – Orang bukan Melayu tidak perlu bimbang kerjasama di antara UMNO-Pas yang tidak akan mengetepikan kaum lain jika berjaya membentuk kerajaan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, Islam tidak mengajar penganutnya bersikap tidak adil terhadap orang bukan Islam malah dalam konteks negara majmuk di Malaysia, semua kaum saling memerlukan. Menurutnya, keadilan pemerintahan Islam terhadap orang bukan Islam dapat dilihat di negeri yang diperintah oleh Pas seperti di Kelantan dan Terengganu.…










