Buffon pernah tolak tawaran United, City - Utusan Malaysia

Buffon pernah tolak tawaran United, City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 5 Mac – Gianluigi Buffon pernah menolak tawaran untuk bermain di Manchester United semasa di bawah kendalian Alex Ferguson dengan alasan tidak berhasrat untuk meninggalkan Parma pada waktu itu.

Ikon penjaga gawang Itali tersebut pernah menjadi buruan Ferguson pada awal 2000 dan keengganannya ke Old Trafford menjadi masalah paling besar buat United.

Ferguson ketika itu, mencari pengganti Peter Schmeichel yang bertindak menyertai Sporting Lisbon selepas kejuaraan treble 1999, selain, memenangi lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris, tiga Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ferguson ketika itu, berhasrat untuk mendapatkan Buffon yang sedang menicpta nama di Parma, namun, pemenang Piala Dunia itu sama sekali tidak berminat dengan tawaran tersebut.

Pengurus legenda United itu terpaksa mencari pengganti lain termasuk Mark Bosnich, Raymond van der Gouw, Massimo Taibi, Fabien Barthez, Roy Carroll dan Tim Howard sebelum kehadiran Edwin van der Sar.

Buffon mendedahkan keputusannya untuk tidak meninggalkan Parma, kerana kelab itu menyaksikannya membuat 220 penampilan dan menjadi juara Coppa Italia, selain, Piala UEFA pada penghujung era 1990an.

“Semasa zaman muda saya bermain bersama Parma. Ferguson mengikuti saya secara rapat selama dua ke tiga tahun dan sentiasa menghantar pemantau untuk melihat saya. Pada ketika itu, Parma adalah dunia saya dan saya tidak rasa mahu berhijrah,” katanya.

United bukan satu-satunya kelab Liga Perdana Inggeris yang menerima jawapan tidak daripada Buffon tetapi kelab setempat, Manchester City juga menjadi mangsa legenda Itali itu.

City membuat tawaran luar biasa untuk mendapatkan Buffon selepas pemilik dari Abu Dhabi memberi peruntukan besar untuk menjadikan kelab itu sebagai pasukan elit Eropah.

“Saya kemudian ada menerima tawaran lumayan dari Manchester City ketika mereka mahu membentuk semula pasukan bagi menjadi juara besar Eropah. Mereka mahukan saya, tetapi saya pilih untuk kekal bersama Juventus,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini