KUALA SELANGOR 6 Mac – Keadaan laut bergelora serta angin kencang membuatkan segelintir nelayan mencari alternatif lain untuk menambah pendapatan bagi menyara keluarga mereka. Tanpa mengeluh dengan nasib kehidupan dilalui, dua nelayan tempatan, Abdullah Mahmud bersama rakannya Samsudin Hussein mencipta sebuat alat iaitu bubu moden. Menurut Abdullah, bubu ikan sebelum ini diperbuat daripada rotan dan kaedah tradisional itu masih lagi digunakan sehingga kini. Katanya, bagaimanapun dia bersama Samsudin cuba mencipta…










