LONDON 19 Mac – Sebuah ukiran batu berusia 3,000 tahun dari Babylonia akan dihantar ke Iraq selepas khazanah berkenaan dicuri ketika Perang Iraq.
Ketua Muzium Britain, Hartwig Fischer menyerahkan khazanah terbabit kepada Duta Iraq, Salih Husain Ali dalam satu majlis hari ini.
“Ia merupakan khazanah yang penting kepada warisan budaya Iraq,” kata Fischer sambil memuji usaha pegawai sempadan negara ini.
Pihak berkuasa mengenal pasti batu tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow pada 2012 dan kemudiannya menghubungi muzium.
“Mereka merampas batu tersebut dan selepas beberapa tahun, selepas banyak usaha melibatkan undang-undang dijalankan, kita berjaya memindahkan batu itu.
“Ia merupakan peristiwa paling penting dan bersejarah,” kata Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan, Michael Ellis. – AFP











