Bossku ‘tawan’ Tesco Senawang - Utusan Malaysia

Bossku ‘tawan’ Tesco Senawang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat perhatian rakyat apabila kunjungannya ke Tesco Senawang, Negeri Sembilan malam ini disambut meriah.

Ahli Parlimen Pekan itu menyiarkan rakaman kunjungannya secara langsung dalam akaun Facebook miliknya.

“Aik. Saya datang Tesco Senawang minum kopi saja. Korang juga ke?” tulisnya pada kapsyen rakaman berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Najib disambut dengan sorakan orang ramai sebaik sahaja keluar dari kereta.

Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan merakam video beliau sepanjang kira-kira 50 minit berada di dalam pasar raya itu.

Teriakan “;Bossku! Bossku!” memenuhi ruang pasar raya dan Najib diekori sepanjang masa walaupun ketika memilih sayur dan ikan untuk dibeli.

Bekas Presiden UMNO itu semakin rajin melawat beberapa kawasan di seluruh negara dan mempromosikan lawatannya itu di akaun Facebook miliknya, menyebabkan kehadirannya sentiasa disambut orang ramai.

Namun, terdapat juga warganet yang mempersoalkan tindakannya itu kerana baru-baru ini kawasan Parlimennya, Pekan mengalami masalah kebakaran hutan dan jerebu yang agak serius. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini