Bon Samurai RM7.3b diterbit - Utusan Malaysia

Bon Samurai RM7.3b diterbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – Kementerian Kewangan mengumumkan kerajaan berjaya menerbitkan bon Samurai dengan jaminan Japan Bank for International Cooperation (JBIC) sebanyak 200 blion yen (RM7.3 bilion), bertempoh matang 10 tahun pada kadar kupon 0.53 peratus setahun. 

Kementerian itu berkata, hasil kutipan daripada terbitan bon samurai itu akan digunakan untuk tujuan-tujuan umum membiayai perbelanjaan pembangunan yang antara lain meliputi pembinaan sekolah, hospital, jalan raya dan infrastruktur utiliti.

Katanya, terbitan bon berkenaan menerima sambutan yang amat memberangsangkan daripada pelbagai institusi dan pelabur-pelabur Jepun yang berkualiti. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelabur-pelabur tersebut adalah bank-bank khusus (37.9 peratus), bank-bank bandar (35 peratus), syarikat-syarikat insurans nyawa (13.9 peratus), bank-bank wilayah (6.5 peratrus), bank-bank shinkin (3.8 peratus) dan lain-lain (2.9 peratus),” katanya.

Jelasnya, peluang yang ditawarkan oleh kerajaan Jepun kepada Malaysia untuk memasuki pasaran bon Samurai telah meningkatkan lagi kedudukan Malaysia sebagai satu daripada destinasi pelaburan terkemuka di rantau ini, di samping mempelbagaikan asas pembiayaan Kerajaan Malaysia.

Mizuho Bank, HSBC Malaysia dan Daiwa Securities dengan kerjasama Affin Hwang Investment Bank merupakan pengatur utama bersama bagi terbitan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini