Boeing berdiam diri, siasatan diteruskan - Utusan Malaysia

Boeing berdiam diri, siasatan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 12 Mac – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) memaklumkan tiada sebarang perkembangan terkini mengenai syarikat pengeluar kapal terbang, Boeing dan siasatan masih diteruskan.

Menerusi kenyataan, FAA menyatakan bahawa mereka tidak akan mengambil sebarang langkah atau keputusan tanpa memperoleh bukti yang berasas dan mencukupi.

Boeing sebelum ini mengulangi pendirian bahawa pesawat 737 MAX 8 adalah selamat untuk digunakan dan enggan membuat sebarang spekulasi berhubung nahas yang berlaku kerana tidak mahu mengganggu siasatan. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini