AWANG tabik dengan kecekapan pihak polis menahan seorang lagi individu yang memuat naik komen jelek terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui satu akaun Facebook. Sebelum ini seorang lelaki yang memakai nama di akaun twitter ‘Alvin Chow’ berjaya diberkas kerana jenayah serupa. Perbuatan menghina Islam, apatah lagi junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu amat bertentangan dengan prinsip hak dan kebebasan dalam media sosial. Ini kerana ia boleh mencetuskan ‘peperangan’…










