TINDAKAN menggunakan kanak-kanak terutama pelajar sekolah tahfiz mengutip derma bukanlah isu baharu. Malah sudah berlanjutan sekian lama tetapi sehingga kini pihak berkuasa masih buntu untuk membanteras perbuatan yang mengeksploitasi golongan tersebut. Sementara Awang bersetuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh bahawa orang ramai diminta berhati-hati dengan gejala itu, Awang berpendapat langkah lebih tegas perlu dilakukan. Undang-undang bagi membanteras perbuatan itu memang ada iaitu di bawah Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak 2001 yang melarang kanak-kanak digunakan untuk ‘mengemis’ walaupun melalui persembahan di tempat awam atau penjajaan. Cuma…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya