BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 22 MAC 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 22 MAC 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALAH satu kes mahkamah yang mendapat perhatian Awang ialah tuntutan palsu. Seorang demi seorang diseret Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan atas kesalahan tersebut.

Bila membaca tempoh mereka melakukan perbuatan berkenaan dan jumlah terlibat, Awang tertanya-tanya apa sudah berlaku kepada sistem pemantauan kewangan ketika itu?

Bagaimana mungkin tuntutan palsu begitu mudah dibuat sehingga tidak dapat dikesan bertahun-tahun?

Memuatkan artikel berkaitan…

Tetapi Alhamdulillah, melalui kecekapan SPRM, ‘sepandai-pandai tupai melompat’, akhirnya ke tanah jua, mereka yang menjamah wang haram ini tidak selamanya terselamat, akhirnya mereka harus berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Awang yakin banyak lagi kes yang masih berada dalam radar SPRM dan apabila tiba masanya mereka yang terlibat pasti memakai ‘baju oren’.

Awang percaya rakyat bersama suruhanjaya tersebut dalam membanteras perbuatan tuntutan palsu ini. Sememangnya kegiatan itu perlu dibanteras sepenuhnya kerana ia melibatkan penyelewengan wang rakyat.

Pada masa sama Awang berharap kerajaan akan mengkaji mekanisme bagi memastikan kes-kes seumpama ini tidak berulang.

Awang – Sokong SPRM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini