KUALA LUMPUR 13 Mac – BIMB Investment Management Bhd. (BIMB Invest), anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Bhd., bekerjasama dengan CIMB Group untuk memasarkan Dana BIMB-Arabesque i Dividen Global 1 (BiGDF1). Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Invest, Najmuddin Mohd. Lutfi berkata, dengan kerjasama ini, dana berkenaan akan diperluaskan ke Singapura tahun ini seterusnya ke Indonesia dan Brunei pada 2020. “Dana ini merupakan pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) berasaskan teknologi data besar dan teknologi kewangan (fintech),” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya