Best Products: Suri rumah bawa pulang RM150,000 - Utusan Malaysia

Best Products: Suri rumah bawa pulang RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Suri rumah, Kamaru Zamah Hamzah, 52, muncul pemenang hadiah utama Kempen Ke-19 Best Products anjuran syarikat pesanan pos, Home Direct Shopping Sdn. Bhd. (HDS).

Dia yang berasal dari Kerteh, Terengganu membawa pulang wang tunai RM150,000.

Kamaru Zamah berkata, dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan oleh HDS sebagai pemenang hadiah utama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa gembira dan terkejut dengan kemenangan ini.

“Kunci kemenangan adalah saya tidak pernah berputus asa dan sentiasa mencuba,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan HDS di sini, hari ini.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing ialah Basiah Sarip, 53, dari Tanjong Karang, Selangor (RM30,000) dan Norasmah Paimain, 41, dari Segamat, Johor (RM3,999).

Kesemua pemenang diraikan dalam satu majlis oleh Ketua Pegawai Eksekutif HDS, Chew Mei Ling; Pengarah HDS, Datuk Shaharudin Ariffin serta Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Penghargaan Pelanggan Best Products, Ahmad Md. Isa, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah tiga Duta Best Products, Datuk Jalaludin Hassan, Ramlah Ram dan Elyana.

Dalam kenyataan sama, HDS memberitahu, pihaknya akan mengandakan nilai hadiah utama daripada RM150,000 kepada RM300,000 untuk kempen seterusnya iaitu Kempen ke-20.

Hadiah tempat kedua juga akan ditingkatkan kepada RM50,000 manakala ketiga kekal RM3,999.

HDS turut melancarkan model perniagaan digital selain masih mengekalkan model pesanan pos untuk pelanggan-pelanggan yang masih setia dengan platform sedia ada.

Kempen Ke-20 Best Products sedang berlangsung dan akan berakhir pada 31 Ogos ini.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.bestproductsmy.com. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini