Beruk masuk tandas sekolah - Utusan Malaysia

Beruk masuk tandas sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Kira-kira 200 murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit 9 Sekinchan gempar apabila seekor beruk jantan memasuki sebuah tandas sekolah berkenaan di sini semalam.

Kejadian disedari oleh beberapa murid ketika beberapa orang murid memasuki tandas tersebut yang terlibat kelibat beruk berusia dua tahun itu yang dipercayai tersesat dari habitat asalnya. 

Guru Besar SRA Parit 9 Sekinchan, Siti Azlina Ngali berkata, pihaknya berada hairan bagaimana beruk itu memasuki tandas memandangkan sekolah itu terletak di kawasan sawah padi dan bukan habitat asalnya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ini merupakan kejadian seumpamanya berlaku melibatkan haiwan tersebut. 

“Bimbang beruk itu mungkin bertindak agresif terhadap murid, saya segera menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.

“Syukur, pasukan bomba kemudiannya berjaya menangkap haiwan itu dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini. 

Sementara itu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Pegawai Bomba Mohd. Syafarin Jais berkata, seramai lapan anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.41 petang.

Jelas beliau, pihaknya mengambil masa selama 10 minit bagi menangkap beruk itu menggunakan peralatan khas dan teknik serkupan kain sebelum dilepaskan ke habitat asalnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini