CARACAS 9 Mac – Beribu rakyat Venezuela sekali lagi dijangka turun dalam protes bagi menekan Presiden Nicolas Maduro ketika gangguan bekalan elektrik melumpuhkan negara yang dilanda krisis ekonomi itu. Kedua-dua pemimpin, Maduro dan Presiden Interim yang diiktiraf lebih 50 negara, Juan Guaido telah meminta penyokong mereka turun ke jalanan di Caracas dan bandar lain. Menurut Guaido, beliau menyeru rakyat Venezuela membuat kenyataan besar di jalanan terhadap rejim penyelewengan, tidak sah…










