MENGELIRUKAN dewan atau bahasa mudahnya mengemukakan fakta salah adalah satu kesalahan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, Perkara 36 (12). Senang cakap, tak boleh bohong di Dewan Rakyat walaupun Ahli Parlimen menikmati imuniti iaitu bebas daripada sebarang tindakan undang-undang walau apa pun mereka cakap. Mengelirukan dewan memang perlu disekat, selain tidak mencerminkan seorang Ahli Parlimen, ia juga antara penyebab suhu perbahasan mendidih tiba-tiba, maklumlah apabila dengar lawan berhujah dengan fakta yang terpesong. Minggu lalu misalnya, berlaku pertikaman lidah antara Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan RSN Rayer (DAP-Jelutong) gara-gara kemudahan di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya