AKAK Cute seronok bila dengar ramai kawan pada minggu lepas dapat sekuntum bunga daripada pihak majikan mereka sebaik sahaja tiba di pejabat. Katanya office mereka tidak pernah gagal berbuat begitu pada setiap kali tiba 8 Mac untuk sama-sama meraikan Hari Wanita. Pada hari itu juga, Facebook dan Instagram Akak Cute penuh dengan status sweet-sweet. Ada juga yang upload gambar pemberian hadiah suami dengan caption: “I love you sayang.” Berbunga-bungalah hati.…










