Bencic kecewakan Osaka - Utusan Malaysia

Bencic kecewakan Osaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIAN WELLS 13 Mac – Pemain No. 1 dunia, Naomi Osaka gagal mempertahankan kejuaraan Indian Wells Masters selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Belinda Bencic dan nasib

yang sama turut menimpa bintang kedua dunia, Simona Halep.

Bencic berada di kedudukan ke-23 dunia menewaskan Osaka dengan keputusan 6-3, 6-1 untuk mara ke peringkat suku akhir kejohanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Osaka memenangi kejohanan tersebut pada tahun lalu yang menjadi kejuaraan pertamanya sebelum mencipta kejutan memenangi Grand Slam sulungnya di Terbuka Amerika Syarikat

(AS) disusuli dengan kejayaan di Terbuka Australia sekali gus dinobatkan sebagai pemain No. 1 dunia.

“Saya tidak bermain dengan baik. Jujurnya pada waktu seperti ini dengan kutipan mata yang diperoleh, saya berasa sangat murung dan sedih namun saya sedikit gembira kerana

saya sudah mencuba yang terbaik dan tiada apa yang perlu saya kesalkan.

“Dia bermain sangat baik, tiada apa-apa yang saya dapat lakukan dalam situasi seperti itu,” kata Naomi.

Bencic yang akan menginjak 22 tahun pada Ahad ini telah menewaskan empat pemain dalam 10 kelompok terbaik sebelum memenangi kejohanan di Dubia pada bulan lalu akan menentang pemain pilihan kelima, Karonlia Pliskova yang menundukkan Anett Kontaveit 7-6 (10/8), 4-6, 6-2.

“Dia pemain No. 1 dunia. Dia memenangi semua kejohanan besar beberapa bulan lalu. Saya bermain, saya fikir ini perlawanan yang jebat. Saya gembira untuk diri sendiri.

“Saya berasa sangat yakin dengan permainan saya sekarang. Saya memukul bola dengan bail. Jadi, semuanya berhasil untuk saya,” kata Bencic yang teruja selepas menewaskan Osaka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini