Bekas Pengarah AIAC didakwa pecah amanah - Utusan Malaysia

Bekas Pengarah AIAC didakwa pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Mac – Bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah dana AIAC melibatkan lebih RM1 juta, tiga tahun lalu.

Datuk Prof. Dr. N. Sundra Rajoo, 63, yang mengenakan sut hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan dihadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut semua pertuduhan, beliau sebagai ejen iaitu Pengarah AIAC didakwa melakukan pecah amanah terhadap dana yang diamanahkan kepadanya berjumlah RM1,011,367.50.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan di pejabat AIAC, Bangunan Sulaiman, Jalan Sultan Hishamuddin, di sini antara 8 Disember 2016 dan 17 Ogos 2018.

Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Bahrain Omar mengemukakan semua pertuduhan itu mengikut Seksyen 409 yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun, sebatan dan denda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini