KUALA LUMPUR 8 Mac – Ahli akademik yang juga intelektual awam, Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican akan mengupas mengenai buku Orientalism nukilan sarjana Edward Said di Galeri Petronas pada 17 Mac ini.
Di dalam buku tersebut, penulisnya, Edward Said telah melakukan definisi baharu dengan menyatakan penyelidikan golongan orientalis di Barat adalah suatu persepsi, justeru tidak objektif kerana dibangunkan atas prejudis orang Eropah.
Sehubungan dengan itu, Galeri Petronas dengan kerjasama Biro Penulis Muda dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) membawa Ahmad Murad untuk berbicara mengenai pemikiran orientalis ini.
Orang ramai dipelawa untuk bersama-sama memeriahkan program ilmu secara percuma bermula pukul 3 hingga 4.30 petang . – UTUSAN ONLINE











