LONDON 19 Mac : Bekas kapten England, David Beckham mengaku bersalah atas tuduhan memandu kereta sambil menggunakan telefon bimbit. Daily Mail melaporkan, pendakwaan terhadapnya dilakukan susulan aduan awam yang diterima polis. Bapa kepada empat anak itu dilihat menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta jenis Bentley di Great Portland pada 21 November lalu. Semalam, Scotland Yard memaklumkan: “Polis Metropolitan difahamkan pengakuan bersalah telah diterima oleh Mahkamah Bromley.”
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya