Bazar Ramadan di Lorong Tar dipindahkan ke Jalan Raja tahun ini - Utusan Malaysia

Bazar Ramadan di Lorong Tar dipindahkan ke Jalan Raja tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Operasi bazar Ramadan Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR)/Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya pada tahun ini akan dipindahkan ke Jalan Raja iaitu berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara. 

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, lokasi bazar Ramadan itu akan bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar merangkumi jarak 0.2 kilometer dan 12 meter lebar. 

“Sepanjang operasi bazar Ramadan ini, kenderaan awam masih boleh melalui Jalan Raja. Tiada penutupan sepenuhnya Jalan Raja dalam tempoh bazar Ramadan itu beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Susun atur petak-petak niaga telah diselaraskan dengan teratur  bagi memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung di samping mengelak gangguan lalu lintas, katanya. 

Nor Hisham juga memaklumkan bahawa tiada pemindahan pasar malam Lorong TAR akan dilakukan buat masa ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini