Barang kemas RM400,000 dilarikan tiga lelaki - Utusan Malaysia

Barang kemas RM400,000 dilarikan tiga lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Mac- Sebuah kedai emas di dalam pasar raya di Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras dekat sini dirompak tiga lelaki bersenjatakan pistol, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.48 petang itu, ketiga-tiga suspek lelaki telah melarikan empat dulang barang kemas dianggarkan bernilai RM400,000 dari premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Identiti suspek serta nilai kerugian sebenar masih dalam siasatan.

“Kita telah memulakan siasatan bagi memburu suspek mengikut Seksyen 395 dan dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata berkumpulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ahmad Dzaffir, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat iaitu Asisten Superintenden Mohd. Radzee Jamudi di talian 019-6655811.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini