Bapa mahu keadilan sewajarnya untuk Adib
 - Utusan Malaysia

Bapa mahu keadilan sewajarnya untuk Adib


Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 21 Mac – Mahkamah Koroner bagi prosiding inkues bagi menentukan kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim bertukar pilu apabila bapa anggota tersebut yang hadir sebagai saksi meminta supaya nasib yang menimpa anaknya itu mendapat pembelaan sewajarnya.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak mahkamah, Mohd. Kassim Abd. Hamid, 64, merupakan saksi ke-23 meminta mana-mana pihak bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap individu yang menyebabkan kematian anaknya.

“Saya difahamkan anak saya mati dalam satu rusuhan. Saya nak sesiapa yang merancang rusuhan dan berada di dalam rusuhan sehingga berlakunya insiden, meminta pihak berkuasa mengambil tindakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya hendak minta keadilan tentang kematian anak saya dan mahu pada yang berkenaan diadili dengan sebetulnya,” katanya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini