GUA MUSANG 27 Mac – Bayaran bantuan sara hidup RM1,000 sebulan kepada 2,228 peneroka di lapan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang diterima sejak empat tahun lalu akan dihentikan tahun hadapan. Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Sazmi Miah berkata, keputusan itu dibuat selepas ladang tanam semula kelapa sawit telah mengeluarkan hasil dan akan diserah semula kepada peneroka untuk diusahakan sendiri. Katanya, berdasarkan perjanjian sebelum ini, tanam semula antara…










