Bangun pelan tindakan kecemasan di sekolah - Utusan Malaysia

Bangun pelan tindakan kecemasan di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – Institut Kese­lamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mencadangkan agar setiap sekolah memba­ngunkan pelan tindakan kecemasan bagi mengurangkan impak kecederaan serta kemalangan yang bakal berlaku.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, NIOSH sedia membantu dalam menyediakan perkhid­matan run­dingan dan latihan untuk membangunkan pelan tersebut bagi meng­hadapi situasi kecemasan seperti kes pencemaran bahan kimia berdekatan sekolah semalam.

“Sekiranya memang benar terdapat unsur pencemaran bahan kimia yang disebabkan pembuangan oleh pihak ter­tentu maka ia perlu diselidik, siasat diikuti tindakan undang-undang

LEE LAM THYE
LEE LAM THYE 

terhadap pihak bertanggungjawab.

“Manakala bagi pihak sekolah, peranan yang boleh dilaksanakan ialah dengan menjayakan program OSH in School yang diwujudkan oleh NIOSH. Antara ele­men yang ada dalam program itu ialah membangunkan pelan tindakan kecemasan.

“Saya harap semua sekolah menubuhkan pelan tindakan kecemasan demi keselamatan dan kesihatan semua pelajar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×