Bangkai penyu agar ditemui di Pantai Rhu Muda - Utusan Malaysia

Bangkai penyu agar ditemui di Pantai Rhu Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG – Satu bangkai penyu agar dengan sebahagian kepalanya hancur dipercayai dipukul dengan objek tumpul ditemui terdampar di Pantai Rhu Muda di sini hari ini.

Bangkai penyu itu ditemui penduduk kampung pada pukul 8 pagi sebelum ia dimaklumkan kepada Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Dungun tidak lama kemudian.

Ketua Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Mohammad Firdaus Abdillah berkata, bangkai penyu tersebut berkemungkinan besar telah di bawa arus ke pantai berkenaan pada malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat sisa pukat pada flipper (sayap) penyu berkenaan. Kita tidak tolak kemungkinan haiwan terancam itu telah tersangkut pada pukat nelayan.

“Penyu agar itu kemudiannya dicederakan sebelum dilepaskan semula ke laut. Ia berdasarkan kepala penyu agar itu yang hancur dipercayai dipukul dengan menggunakan objek keras,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini