Bale dirakam di luar Old Trafford - Utusan Malaysia

Bale dirakam di luar Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 18 Mac – Gareth Bale dilihat berada di luar Old Trafford, dalam persediaan pemain itu melaksanakan tugasnya di pentas antarabangsa, tetapi, peminat Manchester United tidak perlu terlalu teruja.

Bintang Wales itu berada di Manchester bersama rakan sepasukannya menjelang pertemuan dengan Trinidad & Tobago.

Bale kelihatan hanya mengenakan pakaian kasual, apabila memakai tracksuit serba hitam dan bertopi juga warna yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada ketika Bale berada di luar Theatre of Dreams, ia mungkin membuat penyokong United berasa teruja memandangkan kelab dilaporkan berminat untuk mendapat khidmat penyerang itu, tetapi mereka tidak seharusnya terbawa-bawa dengan perkhabaran tersebut.

Penyerang Real Madrid itu dan rakan sepasukannya dalam skuad Wales menginap di Hotel Football, sebuah hotel yang menjadi milik bersama ikon United, Gary Neville dan Ryan Giggs, yang berlokasi di hadapan Old Trafford.

Pengurus Wales, Giggs sedang mempersiapkan skuad bimbingannya di kompleks latihan United menjelang aksi persahabatan dengan Trinidad & Tobago di Wrexham.

Bale akan mengetuai Wales dalam aksi persahabatan itu, Rabu ini, sebelum menghadapi perlawanan pembukaan kelayakan Euro 2020 menentang Slovakia, empat hari berselang.

Sementara itu, Giggs mempertahankan Bale dan yakin pemain itu mampu melupakan aksi hambarnya bersama Real Madrid sewaktu bermain bersama Wales. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini