AMSTERDAM, Belanda – Satu kajian baharu menunjukkan sesetengah bakteria mampu bertukar menjadi ‘zombi’ untuk terus hidup dalam keadaan ekstrem termasuk mengelak daripada dibunuh oleh ubat antibiotik. Kajian tersebut dilakukan untuk mengenal pasti strategi survival organisma sel tunggal bagi membantu menjelaskan kenapa sesetengah jangkitan kuman berulang selepas pesakit selesai menerima rawatan. “Pada kebiasaannya, bakteria Bacillus subtilis berbentuk panjang tetapi ia kemudian mengecut sehingga ia menjadi seperti sfera,” kata Profesor Leendert Hamoen…










