JOHOR BAHRU – Sampel sisa toksik yang diletakkan dalam makmal di Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor dilaporkan mengalami kebocoran sehingga menyebabkan seorang penolong jurutera pengsan dan dikejarkan ke hospital. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, semua yang berada di bangunan JAS terbabit terpaksa meninggalkan bangunan selepas pihak bomba mengeluarkan arahan pengungsian bangunan. Pegawai Unit Khas Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Mohd Hairinizam Mostapa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.28 petang. Katanya, seramai sembilan anggota bersama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya