Australia bakal dilanda siklon Trevor, Veronica - Utusan Malaysia

Australia bakal dilanda siklon Trevor, Veronica

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY 23 Mac – Kawasan utara dan pantai barat Australia dijangka berdepan siklon Trevor yang sangat dahsyat hari ini memaksa penduduk di kedua-dua kawasan tersebut diarahkan berpindah.

Menurut Biro Meteorologi, siklon Trevor yang membawa ribut besar sehingga 250 kilometer sejam itu dijangka akan membadai di kawasan Teluk Carpentaria.

Pasukan tentera dan polis telah memindahkan banyak komuniti di wilayah utara dan Queensland menjelang ketibaan siklon Trevor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, satu lagi siklon kategori empat, Veronica, dijangka membadai penduduk di Pibara di barat Australia pada lewat hari ini atau esok. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini