AstraZeneca labur RM500 juta - Utusan Malaysia

AstraZeneca labur RM500 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Syarikat biofarmaseutikal multinasional British-Sweden, AstraZeneca memeterai memorandum perjanjian dengan Invest Kuala Lumpur Corporation (InvestKL) untuk melabur lebih RM500 juta di Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang.

Pelaburan berkenaan akan memperkukuh ko­mitmennya ke arah inovasi dan pembangunan pekerja di negara ini.

AstraZeneca berkata, ia akan melaksanakan teknologi robotik dan kognitif baharu pada masa depan untuk menambah baik kecekapan serta memacu produktiviti bagi operasi global syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercakap kepada pem­­berita selepas majlis pemeteraian perjanjian tersebut semalam, Ke­tua Pegawai Eksekutif InvestKL, Datuk Zainal Amanshah berkata, sya­rikat itu akan memastikan pelaburan RM500 juta akan tercapai dalam tempoh 2019 sehingga 2023.

“Kami mahu bekerjasama dengan mereka sebanyak mungkin dari segi inovasi dalam kesihatan, digital dan pembinaan bakat. Ini merupakan peluang terbaik untuk bakat muda be­kerja di syarikat global,” katanya.

AstraZeneca merupakan syarikat biofarmaseutikal yang menumpukan kepada penemuan, pembangunan dan peng­komersialan ubat-ubatan preskripsi khususnya untuk merawat penyakit bagi tiga bidang terapi merangkumi onkologi, kardiovaskular, buah pinggang, metabolisme, serta pernafasan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini