SHAH ALAM 28 Mac – Asisten Superintenden Gan Chee Liang yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas empat pertuduhan menerima rasuah RM1.35 juta, dua tahun lalu, hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam pula atas pertuduhan meminta suapan RM1.5 juta. Bayaran itu didakwa diminta tertuduh yang juga pegawai kanan polis di Jabatan Narkotik Bukit Aman sebagai balasan menyelesaikan kes pengedaran dadah dua tahun lalu. Pendakwaan terhadap tertuduh hari ini menjadikan jumlah pertuduhan yang dihadapi lelaki berkenaan adalah sebanyak lima pertuduhan rasuah berjumlah RM2.85 juta. Chee Liang,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya