AS bukan lagi kuasa besar dunia - Utusan Malaysia

AS bukan lagi kuasa besar dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS 27 Mac – Menteri Luar Venezuela, Jorge Arreaza menegaskan Amerika Syarikat (AS) akan gagal merealisasikan hasratnya untuk ‘mencampuri’ urusan negara-negara Latin kerana Washington bukan lagi kuasa besar dunia.

“Kerajaan AS percaya mereka adalah ‘polis dunia’, itu tidak.

“Negara-negara lain, biarpun lemah, mereka ada maruah dan mereka menghormati undang-undang antarabangsa. Oleh itu kamu tidak boleh paksa mana-mana kerajaan mengiktiraf Presiden di negara lain, ini mencabuli undang-undang antarabangsa,” tegasnya kepada Press TV.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada Januari lalu, AS bertindak mengiktiraf Juan Guaido sebagai Presiden Venezuela selepas pemimpin pembangkang itu menamakan dirinya Presiden sementara negara ini.

Washington didakwa menekan negara-negara lain supaya bertindak sedemikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini