RENNES 8 Mac – Pengurus Arsenal, Unai Emery yakin pasukannya mampu bangkit kembali daripada tumbang kepada Rennes di Liga Europa selepas berdepan Manchester United hujung minggu ini.
Skuad Gunners bermain dengan 10 pemain selepas Sokratis Papastathopoulos dibuang padang di penghujung babak pertama, sekali gus menyebabkan mereka tewas 1-3 kepada kelab dari Perancis itu di Stadium Route de Lorient, hari ini.
Terdahulu, Alex Iwobi meletakkan Arsenal di depan seawal minit ketiga, namun Rennes memanfaatkan kelebihan pemain untuk bangkit seminit setelah Sokratis dibuang padang.
Dua gol Rennes menerusi Benjamin Bourigeaud pada minit ke-42, diikuti jaringan sendiri daripada pertahanan Arsenal, Nacho Monreal, sebelum Ismaila Sarr melengkapkan kemenangan (m-88).
“40 minit pertama saya fikir kami mengawal permainan, kami membuat jaringan dan kami banyak mematahkan serangan mereka
“Kami perlu menukar persembahan kami dan saya memiliki keyakinan bahawa kami mampu (bangkit) bersama pemain dan penyokong, yang akan membantu kami mengubah suasana di stadium nanti,” kata Emery, yang akur dengan persembahan hambar anak-anak buahnya selepas insiden Sokratis dibuang padang.- AFP











