Armada Perak gesa tindakan tegas benarkan perarakan  LGBT - Utusan Malaysia

Armada Perak gesa tindakan tegas benarkan perarakan  LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 10 Mac – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Perak menggesa tindakan tegas diambil terhadap penganjur perhimpunan Women’s March kerana membenarkan penyokong golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menyertai himpunan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh berkata, tindakan itu juga sejajar dengan ketegasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa amalan LGBT sama sekali tidak diterima di negara ini.

Justeru itu katanya, pihak berkuasa perlu bertindak tegas dan memantau aktiviti golongan itu bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Himpunan sebegini tidak wajar diadakan dan diharapkan pihak berkuasa memantau agar ia tidak berulang di masa akan datang kerana jelas tidak menghormati perasaan umat Islam di negara ini. 

“Semua pihak perlu akur dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan mempunyai martabat tertinggi serta istimewa dalam susuk negara ini,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Dalam satu himpunan dan perarakan
Women’s March yang diadakan semalam, penyokong LGBT dirakam melaungkan slogan seperti `Hidup LGBT’ dan mengibarkan bendera pelangi yang menandakan sokongan mereka terhadap golongan itu.

Walaupun perarakan itu bertujuan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia yang disambut kelmarin, kelibat penyokong LGBT dilihat mencemarkan perarakan tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini