Aqil buru kepantasan - Utusan Malaysia

Aqil buru kepantasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mac – Raja pecut Sukan Malaysia (Sukma) 2018, Muhammad Aqil Yasmin anggap cabaran sengit yang menantinya dalam aksi 100 meter Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Malaysia, hujung bulan ini sebagai pemangkin untuk dia lebih laju.

Aksi 100m dalam kejohanan GP Malaysia pada 30 hingga 31 Mac ini bakal menjadi tumpuan kerana mendapat penyertaan juara remaja dunia, Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia serta beberapa jaguh pecut Malaysia seperti Khairul Hafiz Jantan, Johnathan Nyepa, Mohd. Zulfiqar Ismail serta Russel Alexander Nasir Taib.

Kata Muhammad Aqil, penyertaan lebih ramai jaguh-jaguh pecut mampu membantu dia berlari lebih jauh sekali gus dapat memperbaiki catatan peribadi terbaiknya ketika ini iaitu 10.39 saat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Fokus saya jika dapat meraih catatan peribadi terbaik itu semula ia sudah cukup bagus.

“Saya juga percaya beraksi bersama pelari yang hebat seperti Lalu dan Khairul tentunya akan berlangsung sengit kerana masing-masing mahu mendapatkan catatan masa terpantas.

“Dalam masa sama saya anggap penyertaan GP Malaysia ini mampu memberikan pendedahan kepada saya untuk bersaing dengan pencabar lain,” katanya selepas majlis pelancaran kedai barangan sukan, Erke di Melawati Mall, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Erke Malaysia, Datuk Michael Lim berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha bersukan di negara ini dan berharap jenama barangannya itu dapat memenuhi keperluan mereka yang aktif.

“Kami yakin jenama sukan ini akan diterima oleh masyarakat dengan pelbagai pilihan ditawarkan dan pembukaan kedai ini secara langsung dapat memberikan pilihan kepada penduduk di sekitar Lembah Klang,” kata Michael.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini