KUALA LUMPUR 7 Mac – Perlis tiada dalam senarai lapan pasukan yang menerima bantuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji. Situasi tersebut bagaimanapun tidak mematahkan harapan bekas pemain Singa Utara bahawa nasib mereka juga akan mendapat pembelaan, sekali pun bukan daripada FAM. Hari ini FAM mengumumkan telah menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai lapan pasukan Liga Malaysia (Liga M) iaitu PDRM, Felcra FC, MOF FC, DBKL…










