Angkat berat berisiko digugurkan - Utusan Malaysia

Angkat berat berisiko digugurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 20 Mac – Isu doping yang tidak berkesudahan yang melanda angkat berat dalam Sukan Malaysia (Sukma) di Perak tahun lalu mungkin menyebabkan sukan itu dugugurkan daripada temasya, tahun depan.

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma 2020 hari ini memutuskan senarai 16 sukan yang wajib dipertandingan, selain lapan sukan pilihan dan enam sukan pilihan tambahan.

Begitupun, nasib angkat berat sama ada dipertandingkan atau tidak dalam temasya yang dijadual berlangsung Julai depan belum putuskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita KIV (letak dalam senarai simpanan) dahulu angkat berat, sebab utama adalah sebelum penganjuran SUKMA Perak lagi kita telah memberikan amaran kepada sukan angkat berat kerana adanya kes doping. Walaupun amaran itu diberikan ketika Sukma, masih ada kes berlaku (di Perak).

“Jadi sekarang kita KIV dahulu sebab Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) dan kerajaan negeri mahu mendapatkan maklumat tambahan daripada Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) supaya kita fikirkan jalan untuk ke hadapan bagaimana untuk pastikan insiden seperti ini tidak lagi berulang dan pastikan teguran yang kita berikan akan diambil serius,” katanya Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma 2020 pertama di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini, hari ini.

Syed Saddiq berkata pertemuan bersama persatuan bakal diadakan dengan segera bagi memastikan persiapan atlet di peringkat akar umbi tidak terjejas.

Angkat berat sebelum ini digugurkan daripada senarai sukan teras sebagai hukuman kerana berlakunya kes doping biarpun berulang kali diberi amaran.

Sementara itu, Johor memilih tarikh 11 hingga 19 Julai tahun depan untuk menganjurkan Sukma iaitu seminggu sebelum Sukan Olimpik 2020 di Tokyo bermula (24 Julai-9 Ogos).

“Begitu juga dengan tarikh Para Sukma pada 15-22 Ogos iaitu sebelum berlangsungnya Sukan Paralimpik Tokyo (25 Ogos-6 Sept). Sukma kali ini adalah pra kejohanan kepada dua temasya besar, Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik.

“Saya percaya Sukma Johor akan mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini